Tarim.

Covid-19 di Tarim?

Saya keluar dari Malaysia untuk ke Tarim ketika negara kita Malaysia baru sahaja mengumumkan lockdown atau PKP 3.0 .
Ketika itu kes harian di Malaysia adalah 7000-9000 kes sebelum ia turun dan kembali melonjak pada hari ini.

Sudah semestinya, saya ketika di Malaysia mengikup SOP² yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebelum saya tiba airport Seyun , saya dah 2 kali melakukan swab test dalam masa 1 minggu. Di Sungai Petani sebelum flight dari KL ke Cairo dan di Cairo sebelum flight dari Cairo ke Seyun.

Tidak dinafikan, ketika saya di Malaysia, saya agak risau dan bimbang untuk bertemu ramai kawan kawan , saya juga terasa risau jika ada orang yang batuk atau selsema berhampiran saya, perkara itu berlarutan sehinggalah seminggu-dua selepas saya sampai di Kota Tarim.

Ketika saya sampai di Airport Seyun, bayangkan orang yang bekerja di Airport saja sudah tidak memakai mask, tiada hand sanitizer, apatah lagi masyarakat didalamnya Kehidupan mereka memang benar benar normal dan klasik seperti sebelum tahun 2020.

Sekarang setelah sebulan lebih saya berada di sini, setelah saya berbual dan bertanya kepada begitu ramai orang disini, samaada orang asal disini mahupun orang orang Malaysia yang ada disini berkaitan Covid-19 di sini .
Saya dapati terdapat khilaf dari jawapan mereka.

Majoriti mereka apabila ditanya tentang Korona, mereka akan menjawab bahawa Korona tiada dan ia hanya pendustaan semata mata.

Jawapan dari kelompok kedua dan ia merupakan jawapan minoriti.
Mereka mengatakan bahawa situasi mencemaskan dilanda Korona di Kota Tarim ini hanya berlaku dalam tempoh kurang lebih dua minggu . Ada yang mengakui bahawa mereka pernah diserang Covid-19. Ada yang mengakui merasai simtom² Covid-19 seperti hilang deria bau, hilang deria rasa, sesak nafas dan sebagainya . Bahkan saya temui seorang yang berusia 60 tahun mengakui bahawa beliau diserang Covid-19 dan hanya terbaring di atas katil selama 1 bulan . Beliau menyatakan bahawa beliau hanya merawat diri dengan mengamalkan makan madu, bawang putih, dan habbatus sauda serta beberapa herba lain.
Saya melihat jawapan dari kelompok kedua yang minoriti ini lebih tepat. Dan jika demikian, boleh dirumuskan bahawa hampir kesemua penduduk Tarim telah terkena Covid-19 dan mereka yang hidup sekarang telah mempunyai immune system yang mampu menghadapi serangan Covid-19 . Seolah olah mereka semua telah divaksin. Demikian yang saya faham dari maklumat maklumat kesihatan dari awal Covid-19 tersebar..

Walaupun khilaf dalam jawapan mereka, namun mereka tetap sama dalam pendirian mereka. Mereka berpegang teguh dengan penuh keyakinan bahawa kita hidup tidak perlu takut kepada mati. Kerana mati akan datang walaupun kita tidak ditimpa penyakit.
Yang perlu dirisaukan bukanlah kematian itu sendiri, tetapi dalam keadaan yang bagaimana kita mati menghadap Allah. Mereka juga berkeyakinan bahawa ketika kita takut akan sesuatu, maka ia akan menimpa kita … Dan ketika seseorang terlalu takut , maka ia akan melemahkan sistem pertahanan badan (immune system).

Pendirian mereka ini yang membawa kepada ketenangan jiwa . Mereka juga sedar tentang hakikat bahawa bala dan wabak tidak terangkat melainkan dengan kembali kepada Allah. Memohon keampunan dan mengimarahkan Rumah Rumah ALLAH. Majlis zikir, majlis ilmu yang begitu banyak disini menjadi asbab menjemput tercurahnya Rahmat Allah. Dan apabila Rahmat Allah mencurah, mana mungkin akan terhimpun bala kemurkaan dengan RahmatNya . Beginilah caranya mereka menghadapi pandemik Covid-19.

Ketika dunia sedang sibuk dan risau dengan pelbagai varian yang baharu yang tersebar. Penduduk di Kota Tarim terus tenang menjalani kehidupan , amal ibadah seperti biasa. Bahkan mereka begitu gembira jika tetamu tetamu dari serata dunia mengunjungi tanah air mereka .

Sejak dari awal tersebarnya Covid-19, mereka tidak pernah menghalang orang luar untuk berkunjung ke tempat mereka…

Tujuan dari penulisan ini, bukanlah untuk saya mengatakan bahawa apa yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani Covid dengan Sop² yang diperkenalkan itu salah, hanyasanya saya ingin berkongsi bagaimana cara penduduk dari Kota Sejuta Wali yang penuh Barokah ini menghadapi Pandemik ini.
MEREKA TENANG DAN KEMBALI KEPADA ALLAH!!!

Ketika ini, saya memohon kepada Allah , semoga Allah mengekalkan keamanan dan kesejahteraan di Hadramaut dan di Tarim khususnya. Semoga Allah mencampakkan ketenangan kedalam hati hati para saudara dan sahabat sahabat di Malaysia . Dan semoga Allah mengangkat wabak dan bala dari Malaysia khususnya dan dari seluruh tanah tanah yang dihuni umat Islam di seluruh dunia.