Zaharah Shah Alam.

*Kenangan Yang Tidak Dapat Dilupakan (Peninggalan Kerajaan PH-DAP) buat kita. Manifestos bukan kitab suci…Jangan lupa ikat perut dn jgn mengemis dgn Krjn.*

ZAHARAH SHAH ALAMπŸ§•πŸ˜”

*HARI INI TANGGAL 9 MAY 2021 GENAPLAH TIGA TAHUN KITA TERTIPU!!!*

1. Hapus TOL = tipu
2. Hapus PTPTN = tipu
3. Hapus AES = tipu
4. GST 6% jadi SST 16% =Harga barangan makin naik gila2
5. Harga Minyak Petrol RON95 RM1.50 = tipu
6. Kurangkan kos hidup = tipu
7. Turun harga barang = tipu
8. Turun harga kereta = tipu
9. Hapus hutang peneroka FELDA = tipu
10. Tiada lantikan politik dalam GLC dan sektor awam = tipu.
11. Pendidikan percuma = tipu
12. Tiada lantikan politik jadi duta = tipu
13. Harga telur naik
14. Tutup Lynas = tipu
15. Lantikan Pesuruhjaya SPRM oleh parlimen = tipu
16. Pisahkan Pejabat Pendakwaraya dari Pejabat Peguam Negara = tipu
17. BRIM orang bujang diturun drp RM450 kpd RM100
18. 1 juta peluang pekerjaan = tipu
19. Gaji minimun RM1500 = tipu
20. Beri RM150 pada semua warga emas = Tipu
21. Siaran percuma bola sepak liga perdana inggeris = tipu
22. 1 juta rumah mampu milik = tipu
23. Beri RM500 pada anak muda yang berkahwin = tipu
24. Menambah 10 ribu bas ke seluruh negara = tipu
25. Batal caj “renewal” lesen motor = tipu
26. 200 ribu peluang kerja di sabah & serawak = tipu
27. Rakyat disuruh minum sesudu minyak sawit.
28. Projek kereta terbang mcm kartun.
29. Matawang malaysia jatuh.
30. Hutang negara meningkat
31. Hutang peneroka hapus 50 % =kencing.

*Aset2 Negara yg di bina olh Krjn BN menjadi rakusan mereka*

Kita tukar semula!!!!! PH ke PN dn terus BN… Anda rindu BRIM dn SATU MALAYSIA??

Sejarah.

Gerbang Kota Tengah, Kedah

FB:- Kisah Sejarah Melayu
Perhatikan seni bina Melayu yang unik, termasuk senibina dan simbol-simbol rahsia merong. Bayangkan jika ianya masih berdiri dan tidak dimusnahkan. Pelbagai rahsia kerajaan Kedah Lama dapat dikaji.

Sayang Seribu kali sayang . Binaan ini dirobohkan pada tahun 1960 oleh kerajaan negeri kedah sendiri untuk memberi laluan kepada pembinaan wisma negeri di atas tapak istana ini.

Pada tahun 1973, Wisma Negeri telah siap dibina dan telah dirasmikan oleh DYTM Tunku Abdul Malik (Raja Muda Kedah) pada 9 September 1973. Pada tahun 2008, pintu gerbang itu telah dibina semula sebagaimana reka bentuk asalnya sempena Sambutan Jubli Emas Pemerintahan KDYMM Tunku Abdul Halim Muadzam Shah yang ke-50. Namun terdapat perubahan dari segi saiz dan juga serba sedikit reka bentuk asal yang telah dipadamkan.

Ketamadunan Kota-kota ini dan Kesultanan Kedah perlulah dijaga dan dipelihara untuk kepentingan negeri dan juga negara. Catatan tentang kota-kota lama ini juga membuktikan kehebatan Kesultanan Melayu Kedah.
Sumber:- Sejarahkedah

Kredit & Ikuti:- Kisah Sejarah Melayu

Tarim.

Covid-19 di Tarim?

Saya keluar dari Malaysia untuk ke Tarim ketika negara kita Malaysia baru sahaja mengumumkan lockdown atau PKP 3.0 .
Ketika itu kes harian di Malaysia adalah 7000-9000 kes sebelum ia turun dan kembali melonjak pada hari ini.

Sudah semestinya, saya ketika di Malaysia mengikup SOPΒ² yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebelum saya tiba airport Seyun , saya dah 2 kali melakukan swab test dalam masa 1 minggu. Di Sungai Petani sebelum flight dari KL ke Cairo dan di Cairo sebelum flight dari Cairo ke Seyun.

Tidak dinafikan, ketika saya di Malaysia, saya agak risau dan bimbang untuk bertemu ramai kawan kawan , saya juga terasa risau jika ada orang yang batuk atau selsema berhampiran saya, perkara itu berlarutan sehinggalah seminggu-dua selepas saya sampai di Kota Tarim.

Ketika saya sampai di Airport Seyun, bayangkan orang yang bekerja di Airport saja sudah tidak memakai mask, tiada hand sanitizer, apatah lagi masyarakat didalamnya Kehidupan mereka memang benar benar normal dan klasik seperti sebelum tahun 2020.

Sekarang setelah sebulan lebih saya berada di sini, setelah saya berbual dan bertanya kepada begitu ramai orang disini, samaada orang asal disini mahupun orang orang Malaysia yang ada disini berkaitan Covid-19 di sini .
Saya dapati terdapat khilaf dari jawapan mereka.

Majoriti mereka apabila ditanya tentang Korona, mereka akan menjawab bahawa Korona tiada dan ia hanya pendustaan semata mata.

Jawapan dari kelompok kedua dan ia merupakan jawapan minoriti.
Mereka mengatakan bahawa situasi mencemaskan dilanda Korona di Kota Tarim ini hanya berlaku dalam tempoh kurang lebih dua minggu . Ada yang mengakui bahawa mereka pernah diserang Covid-19. Ada yang mengakui merasai simtomΒ² Covid-19 seperti hilang deria bau, hilang deria rasa, sesak nafas dan sebagainya . Bahkan saya temui seorang yang berusia 60 tahun mengakui bahawa beliau diserang Covid-19 dan hanya terbaring di atas katil selama 1 bulan . Beliau menyatakan bahawa beliau hanya merawat diri dengan mengamalkan makan madu, bawang putih, dan habbatus sauda serta beberapa herba lain.
Saya melihat jawapan dari kelompok kedua yang minoriti ini lebih tepat. Dan jika demikian, boleh dirumuskan bahawa hampir kesemua penduduk Tarim telah terkena Covid-19 dan mereka yang hidup sekarang telah mempunyai immune system yang mampu menghadapi serangan Covid-19 . Seolah olah mereka semua telah divaksin. Demikian yang saya faham dari maklumat maklumat kesihatan dari awal Covid-19 tersebar..

Walaupun khilaf dalam jawapan mereka, namun mereka tetap sama dalam pendirian mereka. Mereka berpegang teguh dengan penuh keyakinan bahawa kita hidup tidak perlu takut kepada mati. Kerana mati akan datang walaupun kita tidak ditimpa penyakit.
Yang perlu dirisaukan bukanlah kematian itu sendiri, tetapi dalam keadaan yang bagaimana kita mati menghadap Allah. Mereka juga berkeyakinan bahawa ketika kita takut akan sesuatu, maka ia akan menimpa kita … Dan ketika seseorang terlalu takut , maka ia akan melemahkan sistem pertahanan badan (immune system).

Pendirian mereka ini yang membawa kepada ketenangan jiwa . Mereka juga sedar tentang hakikat bahawa bala dan wabak tidak terangkat melainkan dengan kembali kepada Allah. Memohon keampunan dan mengimarahkan Rumah Rumah ALLAH. Majlis zikir, majlis ilmu yang begitu banyak disini menjadi asbab menjemput tercurahnya Rahmat Allah. Dan apabila Rahmat Allah mencurah, mana mungkin akan terhimpun bala kemurkaan dengan RahmatNya . Beginilah caranya mereka menghadapi pandemik Covid-19.

Ketika dunia sedang sibuk dan risau dengan pelbagai varian yang baharu yang tersebar. Penduduk di Kota Tarim terus tenang menjalani kehidupan , amal ibadah seperti biasa. Bahkan mereka begitu gembira jika tetamu tetamu dari serata dunia mengunjungi tanah air mereka .

Sejak dari awal tersebarnya Covid-19, mereka tidak pernah menghalang orang luar untuk berkunjung ke tempat mereka…

Tujuan dari penulisan ini, bukanlah untuk saya mengatakan bahawa apa yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani Covid dengan SopΒ² yang diperkenalkan itu salah, hanyasanya saya ingin berkongsi bagaimana cara penduduk dari Kota Sejuta Wali yang penuh Barokah ini menghadapi Pandemik ini.
MEREKA TENANG DAN KEMBALI KEPADA ALLAH!!!

Ketika ini, saya memohon kepada Allah , semoga Allah mengekalkan keamanan dan kesejahteraan di Hadramaut dan di Tarim khususnya. Semoga Allah mencampakkan ketenangan kedalam hati hati para saudara dan sahabat sahabat di Malaysia . Dan semoga Allah mengangkat wabak dan bala dari Malaysia khususnya dan dari seluruh tanah tanah yang dihuni umat Islam di seluruh dunia.